Rabu, 24 Februari 2010

Perjuangan Bermula..


Assalamualaikum...

....setelah 3 minggu termasuk ct raya cina bersenang lenang di sini, minggu ini br lah terasa senaknya perut jd ustazah segera ini. Dengan tiba-tiba guru pembimbing pun nak observe...hanya Allah yang tahu kekalutan yang terjadi. RPH kemana, BBM? content? aktviti? Makcik penat okeh!

budak form 2 ada 24 org tp ok kelas ni sbb bdk kelas pandai. very the very sport ring gitu. I LIKEEEE... dengan depa ni buat aktiviti sokmo. tapi ustaz tak mai observe plak. tapi tak mai pun tak pa sebab RPHnya tak lahir lagi..muahahahaa.. fantasi sahaja.tp still berjaya. dengan setazah ni pun belajar sekali.

Form 1ni prob skek...13 org jer..tp bdk2nimcm blur2 jer pun..adeh tak paham aku. Dr.Tunku lecture aritu, guru perlu bijak membuat jangkaan yang munasabah. tp tak terjangkau dek pikiran ih..tgkla gena mgu depan...

now ennjoy pic ni skek masa grup xtvt f2 -



Target next week

1BJ - Adab menjaga fitrah
- Ayat hafazan
- Riwayat hidup Rasulullah

2CM - Aqidah - beriman dngan Asma ul Husna Arrahman - habis
- Ayat kefahaman

tolong give me idea okeh

Selasa, 2 Februari 2010

Setelah 3 hari di SMK Jitra...

Alhamdulillah...panjang umur, murah rezeki dapat meneruskan perjuangan DPLI . Praktikal la pulak ye. Tempatnya di SMK Jitra, kat Jitra Kedah la..kira-kira 10km dari rumah. Ok la kan. Tiada gambar untuk dipaparkan sebab malu lak cekgu nak snap-snap...

Hari pertama - not so much thing happen. DAtang jumpa PK Pentadbiran, jumpa orang-orang kuat PI dan sembang-sembang dgn parktikal dari IPDA. Ada 2 orang. KPLI Biologi dan Kimia. Pastu attend perhimpunan dan balik la... nampak ok sekolah ni. bnyk dapat anugerah. arini pun ada 2 buah sekolah dari N9 dan KL mai vissit. Sekolah kluster kenala ada yang mai melawat kan..so guru-gurunya bz la today. Tapi still mereka ini peramah.

Hari Kedua - masih menanti jadual yang tidak kunjung tiba...sembang-sembang sahaja dengan praktikal dari UUM. dah nak tengah hari ada cikgu buat jadual datang jumpa dan inform kena masuk petang. Tp cikgu jadual petang yang nak kena buat. Cikgu tu pulak ada kelas..so tgu dia laa.. At last Cikgu aidayani kata nnt did SMS esok kena datang pagi orr petang. Esok la baru dapat jadual penuh katanya. Ok la tu...have time to settle my kids in the morning..

Hari ketiga - dpt dah jadual. rabu no class. ngajar 1 Bijak n 2 Cemerlang. Kelas budak pandai katanya. Td cuma observe Ustz Munirah ngajar.Ok jer la..bbg kertas keja suh dorang isi..pastu bg keja umah. Mcm senang jer...sungguh constructivist approach gitu... Untuk Form 1 la..Pastu jumpa PK Petang lak..lama sembang ngan dia..tak dan nak masuk 1 kelas tu..huhu.

Takpa Khamis masih ada.. sekian dulu yer

Selasa, 19 Januari 2010

Gambar: Adab di Taman Rekreasi




Gambar yang dipostkan di sini boleh digunakan sebagai set induksi untuk tajuk Akhlak Tingkatan 4: Adab di Tempat Rekreasi

Gambar 1: Tepi pantai


Gambar 2: Kawasan Air Terjun



Gambar 3: Taman Permainan


Power Point Presentation: Saidina Utman Bin Affan

Assalamualaikum!

Sila klik pada link dibawah untuk melihat dan mendapatkan slide untuk tajuk di atas. Semoga mendapat ilmu daripadanya.

Tajuk: Saidina Uthman bi Affan Korporat Yang Dermawan
Subjek: Pendidikan Islam - Sirah
Tingkatan: 2


http://www.slideshare.net/sriyanti/sirah-saidina-uthman-bin-affan

Video: Adab Menjaga Fitrah Lelaki Dan Perempuan

Salam semua,

Ini hasil video kumpulan kami yang boleh digunakan untuk topik Akhlak Tingkatan 1, Adab Menjaga Fitrah Lelaki dan Perempuan.


Kuiz Analitikal

SOALAN KUIZ

  1. Ahmad tiba di rumah agak lewat untuk bersolat jemaah Maghrib bersama keluarganya. Setibanya di bilik sembahyang didapati ayahnya sebagai imam dan abangnya yang menjadi makmum telah mula berjemaah. Kedudukan makmum ketika itu adalah dibelakang sebelah kanan imam. Bagaimanakah kedudukan Ahmad dan abangnya apabila dia turut serta dalam jemaah tersebut?
  2. Kakak Ahmad datang untuk berjemaah ketika mereka dalam tahiyyat awal. Bagaimanakah posisinya dalam jemaah tersebut dan bagaimanakah caranya dia menyertai jemaah (masbuk) tersebut?

KERANGKA JAWAPAN

  1. Ahmad perlu berdiri di belakang imam. Makmum pertama (abangnya) hendaklah berundur kebelakang untuk menyamakan saf.
  2. Kakak Ahmad hendaklah berdiri di belakang jemaah tesebut dan sedikit ke kiri. Beliau peerlu menyertai solat ketika jemaah bangun untuk rakaat ketiga. Apabila imam selesai memberi salam, beliau perlu menghabiskan lagi dua rakaat untuk melengkapkan solat Maghribnya.

Kisah 2: Pemuda Yang Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang

Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat. Dicarinya seorang yang paling alim. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Dia menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah dia boleh bertaubat? Jawab ahli ibadah itu, “Tidak!”. Lalu dibunuh pula ahli ibadah itu. Kini jumlah orang yang dibunuhnya berjumlah 100 orang.

Kemudian dia mencari orang yang paling alim, maka ditunjukkan kepadanya. Maka beliau menyatakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Apakah dia boleh bertaubat? Jawab orang alim tersebut, “Ya! Sesiapa yang berhajat bertaubat tiada sesiapa yang boleh menghalangnya berbuat demikian. Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah S.W.T). Beribadahlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.”

Maka orang itu pun menuju ke sana. Dalam perjalanan itu dia telah mati mengejut. Maka berlakulah pertengkaran antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Kata Malaikat Rahmat, “Dia datang untuk bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh hatinya.” Kata Malaikat Azab pula, “Sesungguhnya dia belum pernah langsung melakukan kebajikan.” Lalu datang pula kepada mereka malaikat yang berupa manusia sebagai hakim antara mereka. Lantas hakim itu berkata, “Ukurlah antara dua negeri itu, manakah yang lebih dekat kepadanya, ia adalah untuknya.” Maka mereka mengukurnya dan didapati bahawa yang hampir kepadanya ialah negeri yang dituju. Lantas Malaikat Rahmat menyelamatkan rohnya.”

(Hadis riwayat Muslim)