Gambar yang dipostkan di sini boleh digunakan sebagai set induksi untuk tajuk Akhlak Tingkatan 4: Adab di Tempat Rekreasi
Selasa, 19 Januari 2010
Gambar: Adab di Taman Rekreasi
Gambar yang dipostkan di sini boleh digunakan sebagai set induksi untuk tajuk Akhlak Tingkatan 4: Adab di Tempat Rekreasi
Power Point Presentation: Saidina Utman Bin Affan
Video: Adab Menjaga Fitrah Lelaki Dan Perempuan
Kuiz Analitikal
SOALAN KUIZ
- Ahmad tiba di rumah agak lewat untuk bersolat jemaah Maghrib bersama keluarganya. Setibanya di bilik sembahyang didapati ayahnya sebagai imam dan abangnya yang menjadi makmum telah mula berjemaah. Kedudukan makmum ketika itu adalah dibelakang sebelah kanan imam. Bagaimanakah kedudukan Ahmad dan abangnya apabila dia turut serta dalam jemaah tersebut?
- Kakak Ahmad datang untuk berjemaah ketika mereka dalam tahiyyat awal. Bagaimanakah posisinya dalam jemaah tersebut dan bagaimanakah caranya dia menyertai jemaah (masbuk) tersebut?
KERANGKA JAWAPAN
- Ahmad perlu berdiri di belakang imam. Makmum pertama (abangnya) hendaklah berundur kebelakang untuk menyamakan saf.
- Kakak Ahmad hendaklah berdiri di belakang jemaah tesebut dan sedikit ke kiri. Beliau peerlu menyertai solat ketika jemaah bangun untuk rakaat ketiga. Apabila imam selesai memberi salam, beliau perlu menghabiskan lagi dua rakaat untuk melengkapkan solat Maghribnya.
Kisah 2: Pemuda Yang Ingin Bertaubat Setelah Membunuh 100 Orang
Daripada Abu Said al-Khudri r.a. bahawasanya Nabi S.A.W bersabda, “Pada zaman dahulu ada seorang lelaki yang membunuh 99 orang. Kemudian dia ingin bertaubat. Dicarinya seorang yang paling alim. Lalu ditunjukkan kepadanya seorang ahli ibadah. Dia menyatakan bahawa dia telah membunuh 99 orang. Adakah dia boleh bertaubat? Jawab ahli ibadah itu, “Tidak!”. Lalu dibunuh pula ahli ibadah itu. Kini jumlah orang yang dibunuhnya berjumlah 100 orang.
Kemudian dia mencari orang yang paling alim, maka ditunjukkan kepadanya. Maka beliau menyatakan kepada orang alim itu bahawa dia telah membunuh 100 orang. Apakah dia boleh bertaubat? Jawab orang alim tersebut, “Ya! Sesiapa yang berhajat bertaubat tiada sesiapa yang boleh menghalangnya berbuat demikian. Pergilah kamu ke suatu tempat (diterangkan sifatnya di mana terdapat orang-orang yang taat kepada Allah S.W.T). Beribadahlah bersama mereka dan janganlah kembali ke negerimu kerana negeri itu tempat penjahat.”
Maka orang itu pun menuju ke sana. Dalam perjalanan itu dia telah mati mengejut. Maka berlakulah pertengkaran antara Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Kata Malaikat Rahmat, “Dia datang untuk bertaubat kepada Allah SWT dengan sepenuh hatinya.” Kata Malaikat Azab pula, “Sesungguhnya dia belum pernah langsung melakukan kebajikan.” Lalu datang pula kepada mereka malaikat yang berupa manusia sebagai hakim antara mereka. Lantas hakim itu berkata, “Ukurlah antara dua negeri itu, manakah yang lebih dekat kepadanya, ia adalah untuknya.” Maka mereka mengukurnya dan didapati bahawa yang hampir kepadanya ialah negeri yang dituju. Lantas Malaikat Rahmat menyelamatkan rohnya.”
Kisah 1:Murah Rezeki Dijauhkan Kesulitan
Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu, ”Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?”
Sang Guru menjawab sederhana, “Perbaiki penampilanmu dan ubahlah riak mukamu. Kau tahu, Rasulullah SAW adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah SAW, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya.” Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya.
Mulai hari itu, wajahnya sentiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah. Keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya sentiasa menguntum senyum bersahabat. Riak mukanya berseri
Tidak hairan jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah air muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah SAW menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya.
Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumahtangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalanyang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, fikiran yang dingin dan wajah cerah, persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah,yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang. Anda ingin beramal soleh sebagai bekalan akhirat?
Isnin, 18 Januari 2010
Pembakar Semangat...
Tiga wajah inilah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk diri ini meneruskan saki baki perjuangan untuk bergelar pendidik. Meninggalkan mereka di kampung sejauh lebih 450km bukanlah suatu yang mudah dilakukan. Namun itu lah yang mesti aku lalui untuk mendapatkan ilmu di bumi UIAM seperti tersurat.