Isnin, 18 Januari 2010

Pembakar Semangat...


Tiga wajah inilah yang menjadi pendorong dan pembakar semangat untuk diri ini meneruskan saki baki perjuangan untuk bergelar pendidik. Meninggalkan mereka di kampung sejauh lebih 450km bukanlah suatu yang mudah dilakukan. Namun itu lah yang mesti aku lalui untuk mendapatkan ilmu di bumi UIAM seperti tersurat.

Tujuh bulan yang dilalui tidak akan tergamak aku lalui lagi. Dari mula meninggalkan anak kecil yang baru menginjak usia sebulan sehingga sekarang sudah 8 bulan..hanya Allah yang tahu berapa juta kesabaran yang aku perlukan. Semoga pengakhirannya manis sekali untuk dikenang.

Semoga aku terus tabah menjadi guru...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan